Posts

Showing posts from January 15, 2017

Kerajaan Sedia Wujud 'Fast Lane' Untuk Penjawat Awam Muda - TN50

Image
KUALA LUMPUR, 20 JAN 2017 : Penambahbaikan sistem perkhidmatan awam dalam menyediakan peluang untuk penjawat awam muda mendominasi Dialog Perdana Transformasi 2050 (TN50) antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan golongan belia yang diadakan malam tadi. NAJIB: "Jika ada perubahan seperti ini orang muda boleh memainkan peranan lebih besar kepada pentadbiran negara,". -ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR

Mesyuarat Luar Biasa OIC di Kuala Lumpur Hari Ini Bincang Isu Rohingya

Image
KUALA LUMPUR, 19 JAN 2017 : Majlis Menteri-Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) akan mengadakan mesyuarat luar biasa di sini hari ini bagi membincangkan keadaan masyarakat minoriti Islam Rohingya di Myanmar. Krisis yang berlarutan di wilayah Rakhine menyebabkan beribu-ribu masyarakat Rohingya lari meninggalkan Myanmar di tengah-tengah laporan mengenai kekejaman, rogol dan pembunuhan. -Gambar fail

Pasport Malaysia ke-Lima Terhebat

Image
KUALA LUMPUR, 17 JAN 2017 : Pasport Malaysia dinobat kelima paling berkuasa dalam penarafan dunia, susulan status pemegang dokumen perjalanan itu boleh mengunjungi 153 negara tanpa memerlukan visa.

Masjid Mampu Perkasa Sektor Pelancongan

Image
ALOR GAJAH, 14 JAN 2017 : Peserta industri pelancongan di negara ini digesa agar turut mempromosikan masjid sebagai sebahagian produk pelancongan. ( gambar beliau merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Masjid Tanah)