Apa itu SAFE?

MAJLIS PELANCARAN KEMPEN S.A.F.E
Stop Abuse For Everyone
for a
Safer And Fearless Environment




 4 Disember 2017 - Biro Perundangan Profesional & NGO Pergerakan Puteri UMNO Malaysia (Puteri Legal) telah mengadakan program Pelancaran Kempen S.A.F.E (Stop Abuse For Everyone For A Safer And Fearless Environment) bersempena dengan Perhimpunan Agung UMNO ke 71 bertempat di Perkarangan Aras 2, PWTC.

Program ini telah dirasmikan oleh YAB TPM serentak dengan perasmian pengangkutan rasmi Skuad S.A.F.E yang akan digunakan untuk tujuan jelajah kesedaran yang akan dilaksanakan nanti.




Kempen ini merupakan satu usaha untuk meningkatkan kesedaran bagi memerangi penderaan kanak-kanak, terutamanya penderaan seksual.

Antara aktiviti yang diadakan termasuklah pameran seni dan wakil NGO, jualan bazaar amal, demonstrasi pertahanan diri, persembahan buskers, sesi interaktif oleh MAU (Monster Among Us) dan cabutan bertuah.



Program ini turut mendapat sokongan dan kolaborasi daripada UNICEF, PS The Children, Monsters Among Us, SheFights dan Art Market.



Pengarah Program S.A.F.E, Cik Natassia Roslan yang juga merupakan EXCO Pergerakan Puteri UMNO Malaysia merangkap Pengerusi Biro Perundangan Profesional menjelaskan bahawa kempen ini merupakan satu usaha dan inisiatif yang wajar diberi perhatian kerana melibatkan kerjasama daripada semua pihak untuk memastikan kesejahteraan sejagat.

Admin RAKAN PUTERI


Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016