Perdana Menteri Gembira Menerima 'Korya'


ALOR GAJAH: Perdana Menteri Malaysia mendapat kejutan istimewa daripada Ahli Parlimen Masjid Tanah, YB Datuk Hjh Mas Ermieyati Samsudin semasa Perasmian Mesyuarat Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Masjid Tanah semalam.

Tiada siapa yang menyangka bahawa kejutan istimewa tersebut berupa seekor kucing baka British Shorthair sebagai hadiah daripada Parlimen Masjid Tanah kepada Dato Seri Najib Razak yang sememangnya kita kenali amat menyayangi kucing.

Kejutan ini turut membuatkan para hadirin yang hadir terpegun melihat kecomelan kucing yang dinamakan sebagai 'korya' itu di hadapan Masjid Salmah Khamis Sekolah Imtiaz Ulul Albab Masjid Tanah Melaka. Malah Perdana Menteri turut terus bermain bersama kucing tersebut setibanya di kediaman beliau.

Malah YB Datuk Hjh Mas Ermieyati menerusi akaun Twitter rasminya memuat naik gambar menunjukkan Dato Seri Najib Razak mengenakan baju Melayu ungu membelai korya sambil diperhatikan oleh Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga merupakan 'tuan rumah' tempat majlis berlangsung.


Kedua-dua pemimpin yang disegani ini saling membalas komen di lama twitter YB Datuk Hjh Mas Ermieyati Samsudin menyatakan ucapan terima kasih berkenaan dengan korya.

"Terima kasih Presiden UMNO, DS @NajibRazak sudi menerima kucing #AkuBudakMasjidTanah. Sokongan tak berbelah bagi dari kami," kata YB Datuk Hjh Mas Ermieyati Samsudin dalam twitter beliau.

Dimaklumkan juga bahawa korya ini berusia tujuh bulan sembilan hari pada hari bertukar tangan semalam.

Turut bersama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri merangkap Ketua Negeri, Datuk Seri Idris Haron serta Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah merangkap Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Raub Yusoh.

Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016